Tuesday, August 11, 2009

Korek Parit dan Pembersihan kebun

Gambar Ah Kong mengorek parit.

Alhamdulillah akhirnya khidmat Ah Kong telah berjaya diperolehi. Walaupun pada pagi tu JCB mengalamai kebocoran paip bendalir, namun dengna kecekapan yang dimiliki Ah Kong sendiri dapat membetulkan kebocoran. Selepas mengorek parit, tugan dia untuk mengorek kolah dan menyiapkan tapak untuk pondok operasi kebun.

Gambar kolam yang telah dikorek. Kolam nih memiliki lebar sepanjang 10 kaki panjang 15 kaki dan sedalaman 8 kaki. Air mata yang terbit kecil sahaja. Alhamdulilah ada bekalan air.


Tapak Pondok operasi telah siap. Hebat Ah Kong nie. aku tinggalkan sejam jer dia dah siapkan tapak pondok. Mudah mudahan kalau berlaku banjir. Pondok aku tak ditenggelami air. Amin.

Pokok kayu dah bersih.

Kalo korang tengok dari gambar kat atas, jelas nampak kebun dah berjaya dibersihkan. tinggal menanti untuk menggali parit dan kolah tadahan air. Kat sini masalah timbul lagi sebab tak dapat cari mesin JCB yang berkebolehan dan mampu mengikut kehendak aku membersih kebun dan menggali parit. Ah Kong yang biasa keluarga aku guna khidmat JCBnya telah full jadualnya. nak kena tunggu sebulan lagi.

Aku dan abg ipar aku ambil risiko gunakan khidmat sorang cina dari Simpang Renggam. ternyaka risiko yang diambil tak berbaloi sebab dia memang hampeh dalam membuat kerja kebun.

terpaksa kitaorg tunggu Ah Kong jugak. projek terpaksa kena delay lagi 3 minggu.

Pembersihan Kawasan


Pokok getah kesayangan mak telah ditumbangkan.















Masalah pertama telah timbul semasa pembersihan nih. Oleh kerana nak memberi job pada sorang wak indon yang telah memberi janji manis pada abang ipar aku MINAN, kebun terbengkalai selama sebulan menanti wak indon nih balik dari Tanjung Pinang. Dah lah call tak dapat. Apa pesan pon tak ada. Dia janji nak clearkan kawasan dalam dua minggu. Dah 3 minggu tak jadi apa. Masuk minggu ke empat kitaorang tukar plan amik orang lain. Last2 dapat gak kat cina untuk membersih kebun kitaorg.

Yang penting kebun bersih. projek terdelay dah 3 minggu.

Salam Perkenalan.

Assalamualaikum,

Kepada semua pembaca,
Alhamdulilah dengan Izin Yang Maha Kuasa blog ini berjaya di mulakan.
tujuan utama blog ini di mulakan adalah untukberkongsi pengalaman dan pengetahuan yang berjaya di kaji dan di miliki dalam mengusahakan tanaman menggunakan sistem fertigasi.

Buat permulaan gambar disebelah adalah gambar aku di tapak projek di tanah milik ibu ku sendiri.
Alhamdulilah sebanyak 1000 set polibeg telah berjaya di siapkan untuk tanaman cili. Selain cili aku merancang untuk mencuba tanaman kacang panjang dan tembikai susu. segala perkembangan akan aku kongsikan di sini.

Nantikan sambungan berikutnya ya.

Wasalam